KASIH KELUARGA MEMBAWA KE SYURGA
Thursday, 2 May 2013 • 12:58 • 0 comments
sumber pic : google
Memberi keutamaan
pada asas pembinaan keluarga
Sesebuah keluarga tidak mungkin bahagia jika dibina tanpa
asas akidah yang kukuh dan keimanan yang mantap terhadap ALLAH SWT . maka atas
sebab inilah , Islam melarang keras umatnya sama ada lelaki mahu pun wanita
berkahwin dengan orang yang bukan beragama Islam .
Memahami setiap
tanggungjawab dan amanah
Setiap ibu bapa hendaklah faham dan mengetahui tanggungjawab
dan peranan masing-masing terutama dalam member perhatian dan didikan untuk
anak-anak dengan betul menurut kehendak ajaran Islam .
Mengakui dan
bersedia menerima kejadian diri
Setiap pasangan hendaklah akur dengan perintah ALLAH SWT
yang telah menetapkan bahawa suami ( kaum lelaki ) adalah sebagai ketua bagi
sesebuah keluarga . oleh itu , suami hendaklah menerima amanah ini dengan penuh
tanggungjawab sementara isteri hendaklah taat dan menghormati suami .
Ibu bapa menjadi
contoh terbaik
Hendaklah sentiasa mendidik dan menanam di dalam diri
anak-anak sifat taat dna patuh kepada kedua ibu bapa serta sentiasa member
tunjuk ajar dan contoh teladan yang baik kepada anak-anak.
Memupuk kasih
saying yang berpanjangan
Hendaklah sentiasa menjaga dan mengeratkan hubungan
silaturrahim di kalangan anggota keluarga dengan memastikan suasana sentiasa
ceria , mesra , saling hormat-menghormati dan selamat .
Maksudnya : “ dan juga mereka ( yang diredhai ALLAH itu
ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata ; “ Wahai tuhan kami .berilah
kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara
yang menyukakan hati melihatnya dan jadikanlah kami imam ikutan bagi
orang-orang yang mahu bertakwa. “
Khutbah jumaat , 12.05.2006
http://www.islam.gov.my/khutbahjakim
sumber dr : novel " biarkan ak menrindu"
Labels: Tips-tips
|
Owner
Walkie Talkie
My Status
♥ >> Am I old Enough?
date :30/08/95
♥ >> I LurVe you!
date : 05/08/13
♥ >> Student IPT !
nak mSuk sem 3
History D' Credits
|