Dolly Moustache
Elak rasa takut pada waktu malam
Sunday 4 May 2014 • 00:18 • 1 comments
1. Kenal pasti punca - Kadangkala bunyi bising kerap kedengaran di dapur dan mana-mana sudut rumah. Namun, jika ia berdekatan dengan kamu, seeloknya beranikan diri untuk pergi dan lihat apa punca bunyi itu berlaku. Hakikatnya bunyi pada waktu malam itu biasanya disebabkan binatang perosak seperti tikus ataupun hanya bunyi pintu yang ditolak angin. Ubah persepsi kamu terhadap sesuatu dan langkah ini menjadikan kamu lebih selesa kelak.

2. Buang rasa takut - Apabila habis saja menonton filem seram, pasti kelibat menakutkan akan muncul bermain di fikiran kamu seterusnya membuatkan kamu lebih takut untuk tidur. Perkara itu adalah normal dan kamu patut buang ia jauh-jauh. Apa yang perlu dilakukan ialah berfikir mengenai perkara lain ketika di bilik tidur. Kamu boleh mengenang kenangan manis ataupun memikirkan masa depan bagi menghilangkan rasa takut.

3. Bawa bersama - Jika kamu ada binatang peliharaan di rumah, apa kata bawa si kesayangan ke dalam bilik untuk menemani kamu sepanjang malam. Binatang peliharaan seperti kucing mahupun ‘hamster’ pasti dapat mengalih perhatian kamu dari memikirkan rasa takut. Seeloknya, jika kamu hendak tidur, belai haiwan kesayangan sambil menutup mata kerana ia boleh menenangkan kamu.

4. Dengar muzik - Paling mudah dan berkesan menghilangkan rasa takut ialah dengan mendengar lagu kegemaran sama ada di telefon pintar ataupun radio. Muzik biasanya memberikan impak pada emosi kamu sama ada positif atau negatif. Perlu diingatkan untuk mengelakkan dari mendengar muzik yang sayu dan perlahan kerana ia boleh membuatkan kamu rasa ­sedih dan mengingatkan kamu kembali kepada perasaan takut.

5. Pindah kedudukan - Jika kamu kerap rasa takut disebabkan kedudukan katil yang berhadapan tingkap, apa kata ubah posisi katil kamu pada kedudukan yang jauh dari tingkap. Percaya atau tidak, kebanyakan remaja mula rasa takut akibat memikirkan sesuatu akan muncul di tingkap atau pintu pada waktu malam.

6. Ajak teman - Andai kata kamu tinggal di hostel atau menyewa rumah, ajak teman kamu tidur bersama untuk semalaman. Jika mereka tiada hal lain, ajak mereka berbual sehingga kamu rasa mengantuk. Jika ia tidak berkesan, lakukan sesuatu yang boleh membuatkan kamu mengantuk seperti mendengar muzik ataupun membaca buku.

7. Lakukan senaman - Rasa takut itu berpunca dari diri kamu yang selalu berfikiran negatif dan dipengaruhi kepenatan. Lakukan beberapa senaman yang dapat menyihatkan badan pada waktu malam. Lakukan regangan ataupun yoga untuk menenangkan fikiran kamu supaya boleh fokus pada realiti dan ketepikan rasa takut yang bersifat sementara.

8. Matikan segala alat elektronik - Alat komunikasi seperti televisyen dalam bilik juga menjadi punca kamu rasa takut. Kadangkala kamu membiarkan ia terpasang dan lupa menutupnya. Apabila terjaga dari tidur pada larut malam akibat bunyi bising televisyen, kamu mula rasa takut dan tidak boleh tidur kembali. Oleh itu, biasakan diri untuk matikan suis semua alat elektronik sebelum tidur.
credit : myMetro

Labels:



PASTFUTURE
Owner
Call me Fieqa, ok ? ini blog pertama fieqa, yg kdua blh klik di kotak ats..I'm still student!

Walkie Talkie
My Status
>> Am I old Enough?
date :30/08/95


>> I LurVe you!
date : 05/08/13


>> Student IPT !
nak mSuk sem 3

History

  • Mini February Giveaway
  • Giveaway Peserta Bertuah
  • ~ long time no see ~
  • SIMPLE GA ALVAS-87
  • Samsung Digital Camera Giveaway by Nabeel Fikree
  • 2 Weeks Simple Segmen by HS
  • fiq izumi first giveaway!
  • SEGMEN TOPUP 48 JAM BY DEDEQ [PART 1]
  • Segmen Saya nak mini note pad
  • Segment My First Anniversary !

  • D' Credits
    Basecode : N.Afiqah
    Template : Inspirit's Baby
    Edited : Miss Simlpe